expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Read in your preferred language HERE

27 January 2012

PEACE- Baju Untuk Orang Besar..dan Ianya Murah!!

Saya kan kalau beli barang mesti nak yang murah.. janganlah yang murah sangat, maksudnya yang sesuai dengan kualiti barang yang dihasilkan lah.. Barang biasa saya beli murah ialah baju saya dan seluar saya. Tak tahu kenapa tak nak beli yang mahal- ye, mungkin sebab saya sayang duit. Hehehe

Alaa... tak yah peliklah saya jual Premium Beautiful tapi beli barang murah? Ha... mesti ramai yang fikir macam tu kan? Macam tak sesuai...saper kata? Bab berjimat dan berbelanja bijak ni tak kira orang tu ada duit ataupun tidak.. semua pengguna ada hak yang sama, betul tak? Hak kita ialah untuk mendapat barangan yang berpadanan dengan harganya..kalau sebagai contoh baju kan, kalau baju tu kain dia kualiti biasa, jahitan dan fesyen baju pun tak complicated nak jahit, takkan nak jual harga tak logik?

Kita ni kena fikir LOGIK dalam semua aspek kehidupan kita tau, sebab itulah guide kita untuk menentukan patut/ tak patut, betul/tak betul. Logik jugaklah paksi hukum hakam sebenarnya..tak ada benda yang tak logik kalau dalam ilmu agama..semuanya ada sebab musababnya.. kan?

Actually nak citer pasal latest frugal purchase je, dah terbukak khutbah Jumaat pulak. :)

Ok nak buat review pasal blaus yang Lya beli.. since Lya bergiat dalam penyusuan ibu ni, baju-baju semua kena friendly dan menepati kriteria berikut antaranya;

KRITERIA BAJU SEORANG IBU MENYUSU
  • baju kena ada butang depan, butang hidup ye bukan butang hiasan, and butang tu kena terjujuk sampai ke perut sekurang-kurangnya- senang nak bukak untuk menyusu/ pam susu
  • baju kena lawas bukaannya, tak fit to body- sebab bust Lya menonjol since menyusu and pakai Premium Beautiful, so kalau fit ke body agak senak la dada time susu banyak. Also, kalau time nak pam susu ke, bukaan yg luas ni sangat memudahkan kita untuk menyingkap baju dan akses ke cup bra kita
  • mesti dari kain yang sejuk/ pengudaraan yang bagus- supaya selesa dalam situasi berpergian untuk tempoh yang lama. kain Chiffon ok.
  • kalau jubah, nak yang zip depan- mudah nak akses ke cup bra nanti
Ok, dengan mengambilkira kriteria-kriteria ni, tak banyaklah baju dalam tangan yang layak. Hehe most of my baju riau yang menjadi kesayanganku itu tak leh pakai for now, sebab bust area ketat. Time menyusu memang bust size naik, so mana baju riau yang agak fit sikit tu memang rest dulu la jawabnya.

Sebab tu beli baju tambah koleksi. Meh kita tengok apa yang dibeli :)

Sempoi je baju ni..kan?

Ni actually baju mengandung.. tapi tak kisah, dia lawas kan so senang nak singkap time nak pam susu.

My favourite la ni so far.. warna hijau, dah ada baju tema group CDM Hanis. Kain chiffon, sangat cantik. Ni yang buat rasa nak beli kain chiffon banyak2 lepas ni :)

Shirt yang stretchable.. Best, so bust area tu tak la nampak seksi sangat. :)
Total damage kat kedai PEACE Amcorp Mall ialah RM250 gitu. Untuk 5 barang ( ada beli seluar jeans satu) ok sangaat, kan? Yang penting, Lya balik rumah dengan perasaan suka walaupun habis beratus-ratus, tapi suka sangat dapat banyak baju..:)

Kedai baju PEACE ni best sangat tau, ada saiz besar untuk gadis yang chubby or comel..sampai 5XL rasanya size baju and seluar dia! Lya sangat suka kedai-kedai baju macam ni.. murah dan pay attention to kehendak ladies yang berbadan besar. Mana-mana yang chubby, comel, cute, besar, gemuk, obese, apa jua you call yourselves- hei si gadis jangan bersedih lagi sebab tak ada kedai yang jual baju saiz you. Sila pergi kedai PEACE and have peace with yourself :) Ekonomi and trendy- saya sangat1000x suka!

PEACE ada di:

  • Amcorp Mall, Petaling Jaya
  • Plaza Alam Sentral, Shah Alam
  • PKNS, Shah Alam
Setakat ni tiga outlet ni je yang Lya pernah pergi..kalau ada lagi yang Lya jumpa surely Lya update kat sini ya..

JOM SHOPPING KAT PEACE!

P/s: By the way, saya pakai baju PEACE ni semua kat luar, tapi untuk bahagian dalam of courselah saya pakai korset Premium Beautiful. Selesa sangat, kalau tak pakai rasa tak best! Pakai PB jugaklah buat badan saya rasa kemas dan mantap- so bila pakai apa baju sekalipun, saya rasa sangat yakin. Bila tengok pandangan sisi pun badan elok terbentuk once pakai Premium Beautiful. Nak cuba? Boleh contact Lya k!


For more info on Premium Beautiful, click these links:

Apa Itu Premium Beautiful?

Far Infrared Rays Dalam Premium Beautiful

Mitos Tentang Premium Beautiful

Kenapa Mesti Pilih FIR Dalam Premium Beautiful




DAHLYA
016 666 9315 ( WHATSAPP / VIBER READY)
nuruldahlya@gmail.com

You have made my day!

You have made my day!
Sabrina & I would like to say thank you for dropping by! Have a nice day!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...